December 9, 2007

Cara belajar orang dewasa

Posted in Uncategorized tagged at 2:35 am by kamilan

Islam mewajibkan penganutnya menuntut ilmu (belajar). Dengan belajar seseorang itu akan mengharapkan perkara yang dilakukan agar mendapat keredaan Allah SWT.

Persediaan yang mustahak ialah niat untuk belajar. Menyenaraikan perkara yang perlu dipelajari dan selepas mencapai matlamatnya maka melakukan perancangan untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari.

Diri sendirilah yang menjadi halangan untuk belajar. Banyak maklumat boleh diperolehi dengan bertanya, membaca dan sebagainya. Biasanya perkataan “tidak cukup masa”, “nantilah dulu”, “tidak mengapa”, dan sebagainya akan menyebabkan tertangguh mengumpul maklumat.

Melakukan sasaran selepas selesai fasa “belajar” contohnya, menulis kertas kerja mengenai tajuk yang telah dipelajari. Secara tidak langsung maklumat yang telah dipelajari berjaya disimpan dalam satu dokumen.

Bagaimana menganggap belajar tersebut berkesan? Jika diperlukan untuk memberi ceramah maka berjaya membuat satu “mind-map” supaya dapat memilih mana-mana isi yang sepatutnya diberi keutamaan dan berjaya diutarakan dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun, matlamat belajar selepas meninggalkan alam persekolahan bukanlah untuk mendapatkan skor “A” dalam peperiksaan. Tetapi jika berjaya diamalkan dalam kehidupan seharian dan berupaya pula untuk mengajar kepada orang lain, maka ianya merupakan satu kejayaan “belajar” yang berkesan.

Kaedah belajar secara “screening” seperti yang diperkatakan Ust. Zaharuddin iaitu keupayaan untuk meneliti “point” yang paling utama diketengahkan oleh seseorang semasa memberikan kuliah; ‘screen’ cara pemikiran daripada artikle mengikut penyusunan maklumat serta cara ia mengeluarkan keputusan sesuatu isu atau soalan;

Bagaimanapun, keperluan sebelum menggunakan kaedah “screening” ialah melakukan aktiviti persediaan sebelum menghadiri sesuatu kuliah. Persediaan yang dimaksudkan ialah kajian awal menerusi pembacaan sesuatu tajuk atau perbincangan sebelum menghadiri sessi kuliah tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: