telaten-weltanschauung (dulunya telaten)

23 Petua Rumah Tangga Bahagia
Siapakah yang tidak mahu rumah tangga yang dibina adalah bahagia?

Berikut adalah sebanyak 23 petua yang boleh dijadikan panduan. Petua ini disalin semula daripada akhbar tabloid “Kisah Benar” terbitan awal November 2009.

1.

Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2.

Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3.

Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4.

Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5.

Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6.

Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7.

Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8.

Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9.

Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10.

Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11.

Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12.

Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13.

Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14.

Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15.

Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16.

Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17.

Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18.

Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19.

Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20.

Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21.

Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22.

Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23.

Jangan beri ahli keluarga makanan tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Sumber: Akhbar tabloid, “Kisah Benar”. Bil. 0077. KDN PP 15735/05/2010 (025065). Halaman 20. Dibeli pada 08 November 2008.

Sekian. 09 November 2009 (21 Zulkaedah 1430).

Khasiat sarang burung walet
Perdagangan sarang burung walet bermula di China semenjak Dinasti T’ang (618-907 Selepas Masihi).

Sarang burung walet dipercayai mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Ianya juga mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecerdasan minda, menambahkan daya tahan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta melambatkan proses penuaan.

Masyarakat Cina juga percaya sarang burung walet merupakan agen pemutihan kulit dan untuk kesihatan mata.

Terdapat perbezaan antara burung walet (swift) dan burung layang-layang (swallow).

Burung walet (famili Apodidae) menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Manakala burung layang-layang (family Hirudininae) menghasilkan sarang tidak boleh dimakan kerana diperbuat daripada rumput dan batu.

Walaupun burung walet tidak boleh bertenggek tetapi semua aktiviti seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang. Tidur dan membuat sarang di dalam gua atau bangunan buatan manusia. Burung ini akan keluar dari sarang di awal pagi dan pulang ke sarang sebelum waktu senja.

Burung walet hidup setia dengan satu pasangan (monogamy). Akan menukarkan pasangannya daripada kumpulan yang lain apabila salah satu pasangannya mati.

Burung layang-layang pula boleh bertenggek dan biasanya tidur di talian letrik atau talipon.

Berbanding burung layang-layang (family Hirudininae), ia boleh bertenggek tetapi sarang yang dihasilkan tidak boleh dimakan. Sarang burung ini dibuat daripada rumput dan batu.

Sarang burung walet dibina daripada cecair kelenjar yang terdapat bersebelahan kelenjar saliva burung walet. Ia akan keras apabila terdedah kepada udara.

Burung walet tidak akan membuang najis di dalam sarangnya. Najis akan dikeluarkan tanpa mengenai sarangnya.

Begitulah kehebatan Allah SWT, mencipta burung walet untuk kegunaan manusia. “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (al-Quraan, Surah ar-Rahmaan, 55:13)

Kandungan sarang burung walet terdiri daripada gliko-protein dari jenis proteoglikan (PG) yang tidak wujud dari saliva binatang-binatang lain (Hiroki et. al., 2007).

Manakala, Nurul Huda et. al., (2008) mendapati ianya terdiri daripada element pemakanan berkualiti seperti kandungan protein yang tinggi, lemak yang rendah, mikro-mineral seperti Na, Ca, Mg, K, P, Fe dan lemak tak tepu seperti asid lemak Omega-6.

Salah satu pencemaran yang boleh didapati dalam sarang burung walet iaitu najis dan ammonia. Ini adalah kerana terdapat pengusaha sarang burung walet akan menggunakan cecair daripada najis burung walet sebagai ‘aroma tarikan’ dengan menyapu di dinding Rumah Burung Walet dan sebagainya.

Aroma tarikan ini akan menyebabkan burung-burung walet datang berkumpul di Rumah Burung Walet tetapi kandungan sarang burung tersebut mungkin akan tercemar dengan najis atau ammonia.

Sekian. 18 Oktober 2009 (29 Syawal 1430)

Rujukan:

Hiroki, N., Yoichiro, H., Toshihisa, S., Su-Chen, L., Karol, M., Kittiwan, K., Shuji, M., Kazuyuki, S. and Yu-Teh, L. (2007). Occurrence of a nonsulfated chondroitin proteoglycan in the dried saliva of Collocaliaswiftlets (edible bird’s-nest). Glycobiology, 17(2):157–164.

JPH (2005). Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermusdan Perumahnya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kementerian Pertanian Malaysia.pg. 28. http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf

Nurul Huda, M.Z., Zuki, A.B.Z., Azhar, K. Goh, Y.M., Suhaimi, H., Awang Hazmi, A.J., and Zairi M.S. (2008). Proximate, elemental and fatty acid analysis of pre-processed edible birds’ nest (Aerodramus fuciphagus): A comparison between regions and type of nest. Journal of Food Technology, 6(1):39-44.

Soalan muhasabah kurang stres
1). Tekanan yang diurus dengan baik kadang-kala dapat membantu menyelesaikan tugasan lebih cepat.

2). Bagaimanapun kebanyakan tekanan sering menyebabkan ketenangan hilang serta mula munculnya keserabutan dan seterusnya berlaku stres (stress). Stres berlebihan boleh menyebabkan strok. Strok boleh menyebabkan kelumpuhan kerana berlaku saluran darah pecah di dalam otak dan sebagainya.

3). Kadang-kala stres berlaku kerana memikir mengenai rezeki. Rezeki diperolehi seseorang semuanya diurus oleh Allah SWT. Tiada sesiapa berupaya menghalangnya. Mengapa tertekan mengenai rezeki?

4). “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir (mengingati) kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.(Surah 13, ar-Ra‘d: 28).

5). “Dan Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka; sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan tangan orang-orang Mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan!” (Surah 59, al-Hasyr: 2).

6). Beberapa soalan yang telah dicadangkan oleh Orla O’Neill boleh digunakan semasa bermuhasabah untuk mengurangkan tekanan (Brenda O’Hanlon, 1998):

i).

What are my core beliefs and values?

ii).

What are the most important things in my life right now – religion, love, health, money, work, family, relationships, hobbies, rest, relaxation, recreation time or lack of it?

iii).

What are my dreams? My ambitions?

iv).

What makes me happy/ gives me that greatest sense  of fulfilment?

v).

What are my strengths and weaknesses?

vi).

What am I expecting of myself, and what can I actually do?

vii).

Do I know my personality type?

viii).

Do I know what my personal anchor points are in life?

ix).

If I were to look back on my life at the age of sixty-five, what are the things I would have liked to achieve? What would I feel good about?

x).

Is my life balanced? Or am I defined predominantly by a particular area – money, work, relationships?

*Asking yourself a series of questions are from Orla O’Neill. She is the Director of the Dublin Country Stress Clinic.

Sekian. 09 Oktober 2009 (20 Syawal 1430).

RUJUKAN:

Brenda O’Hanlon, (1998). Stress: The commonsense approach. Newleaf an imprint Gill & Macmillan Ltd. Golden bridge, Dublin 8.

Sajak di bulan Ramadan
Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia dengan keadaan sihat wal-afiat.

Semoga terus sihat sebagaimana doa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. dalam kitab Riyadhus Shalihin (Taman kaum Shalihin Dari Sabda Penghulu Sekalian Rasul. Karangan Imam Nawawi. Terbitan Pustaka Nasional, Singapura (1999).

Hadith bilangan 1481. Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. mengucapkan dalam doanya yang artinya: “Ya Allah saya mohon perlindungan kepadaMu daripada penyakit belang-belang pada kulit, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk-buruk.” Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Teringat pesanan sahabat yang memerhati perbuatan di masa lampau. Apakah amalan yang baik-baik itu masih dilakukan?

Cuma mengharap kepada Allah S.W.T. memberi peluang dan kekuatan untuk menghayati lailatul-Qadr.

Berikut juga sebuah sajak yang diambil dari buku “Misteri Ramadan” (2009) mencatatkan betapa makan terlalu kenyang itu boleh mengurangkan kecergasan. Paling teruk pula apabila sendawa ketika mata pejam.

Salam Ramadan Kareem @ al-Mubarak. (06 September 2009 bersamaan 16 Ramadan 1430).

Manusia terbodoh dalam semesta alam

Adalah pemuda yang makan banyak

Akibat banyak makan, kecerdasannya menjadi runtuh tidak berkembang

Andaikan sepanjang masa aku mampu puasa

Pastilah aku lakukan sehingga kebiasaan utamaku adalah berpuasa

Tetapi, tidak ingin kujadikan puasaku itu

Seperti puasanya orang yang makan banyak ketika berbuka

Jika di siang hari mereka mampu menahan lapar

Namun setelah gelap menjelang, mereka dilihat rakus

Mereka berkata, “wahai siang, kau telah jadikan kami kelaparan.

Maka, lihatlah di waktu malam kami akan membalas dendam!”

Mereka tertidur dengan perut kekenyangan

Kenyangnya mereka bersendawa ketika mata terpejam

Maka katakan kepada orang-orang yang berpuasa, “jalankan kewajipan!”

Ketahuilah kewajipan puasa itu bukanlah seperti yang dikisahkan tadi.

(Dr. Hassan Syamsyi Basya)

Daripada buku, “Misteri Ramadan” (2009).

Penterjemah: Juhan Che Yaman.

Penyunting: Dr. Mohd. Puzhi Usop

Penerbit: al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur.

Judul Asal: Fawaid wa Asrar ash-Syiyam, Sirru Ramadan

Penulis: Muhammad bin Mubarak ath-Thawasyi dan

Dr. Said bin Musaffar al-Qahthani

Artikle:

Sumber: Berita Harian, 25 Ogos 2009 (04 Ramadan 1430)

Puasa Ramadan bantu tingkat ketahanan badan

Oleh Hasliza Hassan

hasliza@bharian.com.my

Kajian menunjukkan amalan menahan makan dan bertadarus memberikan ketenangan

PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini.

Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan.

Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan.

Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan.

“Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah.

“Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Ramadan dan Sains pada Seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM).

Seminar bertemakan Puasa Membentuk Ketakwaan dan Kesejahteraan membabitkan kira-kira 150 pengamal perubatan, kakitangan hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan. Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan merangkumi aspek ibadah serta panduan perubatan kepada pesakit di bulan Ramadan.

Pada pembentangan itu, Dr Danial menjelaskan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kesan makanan terhadap sikap manusia serta keberkesanan puasa membantu mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi sesetengah pihak sebagai panduan masyarakat umum.

Antara diketengahkan ialah laporan CNN.com mengenai makanan ringan boleh menyebabkan kerosakan jantung dan kumpulan berisiko adalah remaja belasan tahun yang ketagih makanan ringan. Kajian oleh Universiti Toronto pula mendapati makanan ringan boleh merosakkan otak.

Buku Dr Jack Goldstein mengenai puasa memberitahu amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan, sementara Dr Shahid Athar dalam laporan mengenai rumusan Kongres Kesihatan dan Ramadan yang diadakan di Casablanca pada 1994 turut memperakukan puasa Ramadan dari sudut sains dapat meningkatkan ketahanan tubuh.

Justeru, menurut Dr Danial, masyarakat tidak perlu bimbang terhadap kesan puasa kepada tubuh dan sistem imunisasi kerana terbukti amalan menahan diri daripada lapar dan dahaga pada siang hari bermula dari waktu imsak hingga berbuka memberi lebih banyak manfaat daripada kemudaratan.

“Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa.

“Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga,” katanya.

Katanya, Ramadan bulan pendidikan untuk mentarbiah fikriah, jasadiah serta ruhiah dengan memastikan niat yang betul melaksanakan ibadat puasa dan pada masa sama mengambil kesempatan diberi Allah menggandakan ibadat sunat bagi merebut ganjaran dijanjikan.

Dr Danial berkata, kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad, menunjukkan pada bulan Ramadan hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang.

Sementara Dr Ahmad E Kadi yang membuat kajian mengenai solat serta penyembuhan merumuskan hanya dengan mendengar bacaan al-Quran dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan nadi serta memberi kerehatan kepada otot.

“Satu lagi kajian tetapi belum disahkan, sebutan kalimah al-Quran seperti Alif Lam Min dan Ya Sin, baik untuk jantung serta otak. Namun, ini masih dalam kajian lagi. Apapun, nasihat saya kepada umat Islam, Ramadan ini jangan fokus masalah tetapi fokus kepada Allah, masalah akan reda,” katanya.

Artikle:

Sumber: SISIPAN XY – Ikon Lelaki. Berita Harian, 22 Ogos 2009 (Sabtu).

Cabaran lelaki harungi Ramadan

Oleh Diyanah Anuar

diyanah@bharian.com.my

Tip raikan bulan suci, penuhi tuntutan ibadat

MULAI hari ini, rutin harian umat Islam berubah. Ramadan yang penuh keberkatan menjengah lagi. Waktu inilah umat Islam, tidak kira lelaki atau wanita gigih melaksanakan tuntutan agama. Masing-masing menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta mengerjakan ibadat sunat seperti zikir, tadarus, tarawih dan sedekah yang menjanjikan pahala berganda.

Mungkin ada antara kita merasakan cepatnya masa berlalu. Kenangan Ramadan tahun lalu masih segar dalam ingatan, kini kita bertemu sekali dengan bulan mulia ini. Bersedia atau tidak, sebagai hambaNya, rukun Islam ketiga ini wajib dilaksanakan.

Semua tahu Ramadan ialah bulan untuk umat Islam menambahkan ketakwaan diri serta berusaha memperoleh keampunan daripada dosa lalu.

Dilihat dari aspek fizikal pula, ibadat puasa memberi kebaikan kepada tubuh badan. Sepanjang tempoh berlapar pada siang hari, organ penghadaman badan dapat berehat. Bukan itu saja, melalui ibadat puasa, badan dapat menyingkirkan lebihan toksin yang terkumpul menjadikan tubuh lebih sihat dan cergas.

Semangat ukhwah umat Islam juga terjalin erat melalui aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan ini. Tidak dilupakan, golongan kurang bernasib baik di mana umat Islam digalak menggembirakan mereka dengan bersedekah.

Bagi mereka yang sudah lama merindui kedatangan Ramadan, pastinya saat ini hati paling gembira. Awal-awal lagi mental dan fizikal sudah dipersiapkan demi mendapat kualiti ibadat puasa yang diidamkan. Bagai sudah ditanam dalam diri mereka niat menjadikan Ramadan kali ini lebih baik.

Malangnya, bagi segelintir individu tidak terkecuali lelaki, kehadiran Ramadan tidak memberi erti besar dalam hidup mereka. Ada yang menganggap puasa sekadar puasa, sebaliknya hati lebih memikirkan soal juadah berbuka dan bazar Ramadan. Ada juga yang terlajak lebih jauh, merencana persiapan menyambut Aidilfitri. Jangan terperanjat, mungkin ada juga sering menjadikan puasa sebagai alasan bermalas-malas melakukan kerja.

Ini belum lagi disentuh soal individu yang enggan berpuasa malah tidak menghormati orang lain yang berpuasa. Perhatian masyarakat sering tertumpu kepada kes lelaki yang dicekup kerana tidak berpuasa. Apabila ditahan, macam-macam alasan terpancul dari mulut bagi menutup kesalahan mereka itu.

Hakikatnya, rugilah mereka kerana tidak mengambil peluang Ramadan untuk meningkatkan keimanan. Barangkali golongan ini tidak mempunyai pengetahuan atau sengaja tidak mahu mengambil tahu mengenai fadilat Ramadan sebaliknya tewas kepada nafsu.

Bagi menyingkap isu lelaki tidak berpuasa, puasa tidak berkualiti dan kaedah terbaik meraikan Ramadan, XY – Ikon Lelaki mendapatkan pandangan pendakwah yang juga Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Ustaz Zawawi Yusoh.

Ustaz Zawawi berkata, lelaki sepatutnya menjadi imej umat Islam. Menurutnya, lelaki tidak sepatutnya menjejaskan status itu dengan perbuatan seperti tidak berpuasa, makan di khalayak ramai pada siang hari, malas bekerja atau sebagainya.

“Perbuatan tidak berpuasa ini datangnya dari keinginan yang ada dalam diri golongan ini untuk tidak berpuasa. Puasa adalah perbuatan yang harus bermula dengan keinginan. Disebabkan itulah kita disuruh bersahur. Ia ‘perjanjian’ yang memberitahu otak, mata, mulut dan anggota badan kita yang lain bahawa kita ingin berpuasa. Itulah sebabnya kalau kita tak berniat, tiadalah keinginan dan perjanjian.

“Sebab itulah, sebelum hadirnya Ramadan, kita disunatkan berpuasa bulan Rejab dan Syaaban sebagai cara mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadan. Sebelum Ramadan, kita sepatutnya sudah menghidupkan suasana bulan penuh keberkatan ini.

“Antaranya dengan bercakap mengenainya dalam ceramah, mengqada ibadat yang tertinggal dan menggiatkan lagi pembelajaran ilmu fiqah. Secara tidak langsung, ia dapat menghangatkan keinginan melaksanakan ibadat puasa,” katanya.

Ustaz Zawawi menerangkan pula soal hikmah bersahur. Katanya, sahur adalah sunat dan sunnah. Sunat bermakna, jika kita melakukannya, akan beroleh pahala yang banyak manakala sunnah pula merujuk kepada perbuatan yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.

Tambahnya, amalan sahur lah yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa orang bukan Islam.

“Islam menyuruh umatnya berpuasa, bukannya berlapar. Maka kita perlulah bersahur kerana esoknya kita harus bekerja. Ini menunjukkan Islam agama penyayang. Umatnya disuruh bersahur supaya kuat dan mempunyai tenaga berpuasa.

“Jika dibandingkan cabaran puasa zaman kini dengan zaman dulu, umat Islam dulu terpaksa berperang sambil berpuasa pada Ramadan sedangkan kebanyakan kita bekerja di pejabat berhawa dingin. Tidak wajarlah untuk kita memberikan 1,001 alasan untuk tidak berpuasa,” katanya.

Ustaz Zawawi juga menegur golongan yang liat bersahur.

“Ada yang tidak mahu bangun sahur kerana enggan mengorbankan waktu tidur. Sebenarnya, sekali kita buat perkara baik, ia akan mendorong kita membuat lebih banyak lagi perkara baik lain.

“Dalam konteks bersahur, apabila kita bangun awal pagi untuk bersahur, diikuti solat subuh. Ramai yang tidak bangun sahur, solat subuh nya juga tidak dilaksanakan. Disebabkan itulah kita disunatkan melewatkan sahur iaitu menghampiri waktu subuh supaya kita boleh terus bersolat,” katanya.

Ustaz Zawawi berkata, waktu bersahur paling mustajab untuk berdoa kepada Allah.

“Bukan saja solat Subuh, kita juga boleh membuat solat sunat tahajud dan lain-lain. Ia ibarat suatu pakej dan pahala serta keampunan dijanjikan bagi mereka yang melakukannya. Bagi yang tidak mahu bangun sahur, maknanya mereka menolak pakej ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegur segelintir umat Islam yang cuma berpuasa tetapi mengabaikan ibadat lain.

Ustaz Zawawi berkata, ini sedikit sebanyak berpunca daripada tanggapan segelintir masyarakat kononnya Ramadan hanyalah bulan untuk berpuasa semata-mata.

“Hakikatnya, masyarakat harus melihat bulan ini sebagai Ramadan yang bukan hanya tempoh kita melakukan ibadat puasa saja tapi ia juga bulan untuk qiyam (tarawih), witir, sedekah. Di dalamnya juga ada nuzul Quran (peristiwa turunnya Al-Quran buat kali pertama) serta malam lailatul-qadar.

“Apabila pemahaman salah, maka pelaksanaannya juga tidak betul. Dalam bulan Ramadan, kita bukan hanya perlu menjaga supaya tidak batal puasa, bahkan perlu juga memastikan tidak hilang pahala puasa.

“Solat sunat dalam bulan Ramadan sebenarnya menyempurnakan lagi ibadat puasa yang kita lakukan… Supaya puasa lebih berkualiti. Cari peluang melakukan ibadat sunat. Solat tarawih misalnya, jika tidak buat 20 rakaat, boleh buat lapan rakaat,” kata beliau.

Tuntutan berpuasa, menurut Ustaz Zawawi tidak sepatutnya dijadikan alasan bersikap malas di tempat kerja. Ketika berpuasa lah, kita sepatutnya lebih kuat bekerja kerana waktu makan selalunya mengganggu kerja. Soal tidak bertenaga atau tidak larat, tidak seharusnya timbul kerana umat Islam sudah digalakkan bangun bersahur.

“Memanglah, kadang-kadang kita terasa letih tetapi rasanya, tidak ada orang yang mati sebab berpuasa. Orang yang mati sebab terlebih makan adalah. Semua ini bergantung kepada paradigma (batasan pemikiran) seseorang. Jika fikirannya mengatakan letih, letihlah jadinya.

“Pekerjaan juga suatu ibadat seperti puasa. Jangan sampai satu ibadat menghilangkan ibadat yang lain. Lebih-lebih lagi dengan keselesaan ruang pekerjaan yang dinikmati kita. Lainlah jika buruh kasar yang terpaksa melakukan kerja berat dan itu sajalah punca rezeki mereka. Golongan ini ada kelonggaran tertentu,” katanya yang turut berkongsi tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan lelaki sebagai ketua keluarga sepanjang Ramadan.

INFO: 8 tip lelaki meraikan Ramadan dan pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepanjang bulan suci ini.

Kaedah pertama ialah menimba ilmu. Sebelum menempuh Ramadan, belajarlah ilmu fiqah. Apabila kita berpuasa dengan ilmu dan falsafah betul, barulah dapat dirasai kelebihan Ramadan. Silapnya, apabila kita jadikan ibadat berpuasa sebagai ‘adat’ dan kerana itulah ia dilakukan atas faktor ikut-ikut saja.

Sambutlah Ramadan dengan hati. Anggaplah Ramadan sebagai kursus rohani serta mencapai kemuncak hati apabila melaksanakan ibadat Ramadan.

Pupuk dalam fikiran bahawa Ramadan itu akan berjaya jika kita berjaya merebut keberkatan bulan ini. Ini dinyatakan dalam tiga peringkat iaitu hari pertama hingga ke-10 yang memberikan limpahan rahmat; hari ke-11 hingga ke-20 dikurniakan keampunan manakala hari ke 21 hingga hari terakhir terhindar daripada seksaan api neraka.

Lelaki sebagai ketua keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab mengajak seisi keluarga berpuasa. Bagi anak-anak yang masih kecil, pujuk mereka untuk berpuasa, bukannya memaksa mereka.

Lahirkan budaya bersedekah dalam keluarga. Memberi makan dan minum juga adalah cara untuk menyempurnakan nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga.

Berbuka bersama-sama – ini dapat menyuburkan kasih sayang antara ahli keluarga. Sebagai bapa, bawa keluarga menunaikan solat tarawih kerana ibadat ini dapat melahirkan jiwa hamba dalam diri kita semua.

Sepanjang bulan berkat ini, elak pembaziran terutama ketika membeli juadah berbuka. Seperti yang kita maklum, tidak elok makan berlebihan. Boleh makan dengan banyak, tapi biarlah berperingkat-peringkat.

Apabila berbuka puasa, jamah sedikit makanan dan terus menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, bolehlah menikmati makanan yang agak berat tapi usah terlalu berlebihan hingga menghalang kita melakukan solat Tarawih. Selesai tarawih, bolehlah menikmati makanan seperlunya. Harus diingatkan, makan berlebihan juga boleh memudaratkan.

“Perbuatan tidak berpuasa ini datangnya daripada keinginan yang ada dalam diri golongan ini untuk tidak berpuasa. Puasa adalah perbuatan yang harus bermula dengan keinginan. Ia ‘perjanjian’ yang memberitahu otak, mata, mulut dan anggota badan kita yang lain bahawa kita ingin berpuasa”. Zawawi Yusoh, Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd.

Mengharap walet menjadi tetamu
1). Pada awal bulan Julai yang lalu (04 Julai 2009) telah berpeluang turut serta berbincang mengenai hubungan manusia, burung walet dan layang-layang di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

2). Sebenarnya hanya sebab duit sahaja yang menjadi pengikat antara hubungan manusia dengan burung layang-layang dan walet.

3). Tujuan untuk konservasi atau pengekalan spesis (conservation) burung walet hanyalah sampingan sahaja. Ianya hanya sebagai penyedap halwa telinga.

4). Para pedagang sarang burung hanya memikirkan keuntungan usaha mereka. Permintaan dan harga sarang burung walet sangat tinggi maka mereka sanggup menyediakan prasarana mewah supaya bangunannya menjadi tumpuan burung tersebut untuk membuat sarang di dalam bangunan mereka.

5). Jika bukan hubungan duit sudah tentu mereka sanggup menyediakan bangunan mereka untuk dijadikan sarang burung layang-layang. Sarang burung layang-layang tiada harga. Mengapa mereka tidak melakukan usaha konservasi terhadap burung layang-layang?

6). Sempat merasai sebanyak 180 ml air sarang burung walet berperasa gula batu (madu) dengan tanda halal yang berharga RM10.00

7). Sarang burung walet tanpa dibuang bulu burung dan dibersihkan berharga sekitar RM3,000.00 hingga RM5,000.00 untuk sekilogram.

8). Harga tersebut akan meningkat lagi setelah sarang burung walet tersebut dibuang bulu dan dibersihkan secara tradisional (dengan tangan dan tanpa mesin).

9). Pandangan kasar terhadap burung layang-layang dengan walet semasa terbang seolah-olah ianya sama tetapi sebenarnya tidaklah serupa. Bukankah kedua-duanya unggas itu apabila terbang melayang serupa berwarna hitam? Kehidupan dan tabiat burung layang-layang dengan walet memang terdapat perbezaan yang ketara.

10). Sungguhpun kedua-duanya berada dalam kelas Aves. Tetapi walet dalam order Apodiformes (tidak berkaki) dan dalam famili Apodidae (swift). Manakala burung layang-layang berada dalam order Passeriformes dan famili Hirundinidae.

11). Burung layang-layang biasanya tidur di atas wayar elektrik. Sarangnya penuh daun-daun kering boleh didapati di bahagian atas kaki-kaki lima bangunan lama.

12). Manakala, burung walet akan tidur di dalam gua atau bangunan yang disukainya. Sarang burung walet terhasil dari air liur burung tersebut dan rupanya seperti “keropok” yang tidak berwarna setelah digoreng. Burung walet ini tidak akan membuang najis dalam sarangnya.

13). Burung walet tidak mempunyai kekuatan kaki untuk berjalan. Jika burung walet tidak mampu terbang dan diletakkan di atas permukaan tanah atau pasir. Ia akan mati begitu sahaja.

14). Walaupun burung walet kakinya lemah, namun begitu semua aktiviti seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang di udara.

15). Tiada sesiapa yang dapat menghalang kebebasan burung walit untuk berhijrah. Penghijrahan burung walit pernah berlaku dari bumi Indonesia ke Malaysia kerana fenomena La Nina dan kejadian pembakaran hutan secara besar-besaran yang menyebabkan jerebu pada awal tahun 2000 (Bernama, 2008).

16). Bagi mewujudkan “rumah burung walet berjaya” (David, 2008), kebersihan persekitaran sarang burung dan lingkungan persekitarannya (sekurang-kurangnya 200 meter secara radius) hendaklah dalam keadaan ekosistem yang seimbang dan sejahtera.

17). Persekitaran premis yang dihuni burung walit di samping memerlukan sistem ventalasi untuk mengekalkan suhu antara (23-30) darjah Celcius, kelembapan udara (70-90)%, kesesuaian pencahayaan serta bunyi, najis sentiasa dibersihkan dan situasi kering tanpa ekto-parasit (JPH, 2005);

18). Premis tersebut hendaklah bebas daripada pemangsa serta makhluk perosak seperti tikus, burung hantu, ular, cicak, lipas, semut dan anai-anai.

19). Para pekerja hendaklah sentiasa menggunakan penutup pernafasan.

20). Kesejahteraan kehidupan di lingkungan persekitaran sekurang-kurangnya 200 meter secara radius daripada “rumah burung walet berjaya” tersebut tidak terancam atau mengancam industri sarang burung walet.

21). Penduduk di lingkungan persekitaran tersebut perlu bebas dari penyakit berjangkit terutama oleh bawaan vektor seperti denggi. Jika berlaku peningkatan kejadian kes denggi di persekitaran luar premis “rumah burung walet berjaya” akan terganggu oleh semburan kabut racun serangga yang berterusan sehingga jangkitan diberhentikan.

22). Persekitaran luar bangunan yang menjadi rumah burung walet perlu dilestarikan dengan pokok-pokok supaya menjadi kegemaran serangga untuk berkumpul dan secara tidak langsung menjadi bekalan sumber makanan kepada anak-anak burung walet yang dikumpulkan oleh ibunya.

23). Para pedagang menyediakan bangunan yang dipenuhi prasarana supaya tetamunya iaitu burung walet agar datang membuat sarang. Sarang yang tidak diambil akhirnya juga akan digugurkan oleh burung walet itu sendiri.

24). Hubungan manusia dan burung walet adalah simbiosis kerana wang. Apakah simbiosis itu bersifat mutual yang menguntungkan bersama? Bagaimanakah tanggungjawab sosial kepada penduduk yang berada di persekitaran rumah burung walet telah dilakukan oleh para pedagang tersebut?

25). Apakah setelah berjaya mewujudkan “rumah burung walet” dan berupaya menghasilkan sehingga melebihi 10 kilogram sarang burung setiap bulan maka tiada tanggungjawab sosial untuk mewujudkan lestari lingkungan persekitaran dan hubungan sesama manusia yang lain?

26). Apakah hubungan manusia dengan manusia juga perlu berdasarkan wang? Manakah konsep “people helping people”?

27). Apa yang mustahak ialah muhasabah diri selepas seminggu turut serta dalam perbincangan di majlis tersebut. Keperluan untuk kembali kepada asas berkomunikasi berkesan apabila berhadapan dengan kepelbagaian budaya dan kepentingan ekonomi.

28). Begitulah kehebatan yang Allah SWT berikan kepada burung walet.

29). Sewajarnya sebagai khalifah di muka bumi ini, bukan sahaja berjaya mengaut keuntungan tetapi tidak melupai tanggungjawab sosial kepada lingkungan persekitaran dan penduduk setempat supaya ianya bertambah makmur.

Sekian dulu.

09 Ogos 2009 (18 Syaaban 1430).

RUJUKAN:

Bernama (2008). Pengusaha Sarang Burung Walit Mukah Dalam Dilema. 14 November, 2008.

David, L. (2008). Laporan Isu-Isu Industri Sarang Burung Walit di Malaysia. Kajian bertulis 2002 oleh David Lim YC. Semakan dan kemaskini pada 2005 dan 2008 bersama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Pemilik Rumah Sarang Burung Malaysia (dikemaskini November 2008).

JPH (2005). Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermus dan Perumahnya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kementerian Pertanian Malaysia. pg. 28.

Kesannya tentu lain bila guna peta minda?
1).  Selepas membuat reflection terhadap ceramah yang dilakukan pada 25 Jun yang lalu. Tentu ceramah tersebut akan lebih sempurna apabila menggunakan peta minda sebagai alat bantuan tambahan di samping selaid persembahan “Power-Point” dan nota edaran untuk peserta.

2). Sekarang ini, teknik membuat peta minda sangat mudah diperolehi di internet.

3). Tony Buzan, merupakan seorang pemudah cara dan penambahbaik penggunaan peta minda di abad ini. Karya penulisan beliau yang keseluruhannya menumpukan kepada penggunaan teknik peta minda.

Sekian dulu. 27 Jun 2009 (03 Rejab 1430).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0620&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

Peta minda perlu ditanam kepada pelajar

PELBAGAI perkara timbul ekoran daripada krisis ekonomi global yang bermula di Amerika Syarikat. Terkini sebuah rencana di dalam Wall Street Journal menyatakan kebergantungan masyarakat sekuriti dan perniagaan kepada golongan yang berkelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) telah menyumbang kepada krisis yang terbesar dalam sejarah.

Rencana tersebut membangkitkan beberapa kelemahan bagi mereka yang berkelayakan MBA. Pertama mereka terlatih kebanyakannya menyelesaikan masalah jangka pendek, mereka hanya mengutamakan nombor dan keuntungan, mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pemegang saham.

Orientasi mereka menjurus banyak ke arah satu aliran sahaja dan tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah secara jangka panjang, tidak berkeupayaan untuk mewujudkan suatu pelantar komunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat.

Di Harvard Business School, salah sebuah universiti yang dulunya terkenal dengan program MBA kini dikritik kerana ketidakmampuan lulusan MBA mereka menangani masalah yang melingkupi ruang lebih luas daripada untung dan rugi. Pendekatan yang diambil di kebanyakan universiti yang mengajar MBA ialah kajian kes yang mana pelajar diberikan kes-kes syarikat atau organisasi yang mempunyai sesuatu masalah sehinggakan beratus-ratus kes ini akan diselesaikan oleh pelajar sebelum mereka lulus.

Kritikan utama tentang pendekatan ini ialah mereka tidak melihat suasana sebenar dalam penyelesaian kes-kes mereka dan mencipta masalah di dalam perniagaan adalah seperti kes-kes yang telah mereka selesaikan, sedangkan tidak ada satu keadaan yang sama dalam dunia sebenar.

Bagaimana pun ramai daripada mereka yang terlibat kini telah sedar bahawa apa yang diperlukan bukan sahaja kecerdikan daripada satu dimensi sahaja iaitu IQ tetapi pelbagai dimensi kecerdikan seperti emosi, spiritual, sosial dan kreatif.

Pakar utama minda, Tony Buzan menyarankan ditukar MBA (Master of Business Administration) kepada MBT (Master of Business Thinking) kerana di sanalah terletaknya kelemahan mereka yang lulus dengan MBA, ketidakupayaan untuk berfikir hingga ke akhirnya sesuatu masalah.

Tony Buzan yang telah menyampaikan ceramah tentang minda kepada lebih 350 juta manusia dan menulis sebanyak 100 buku dan diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada 30 buah negara menggunakan suatu alat yang dipanggil peta minda atau mind mapping.

Alat ini memberikan ruang kepada seseorang untuk melihat sesuatu perkara secara keseluruhannya. Ia menggabungkan hubungan dengan kreativiti. Misalnya, jika seseorang itu memikirkan tentang percutian untuk keluarga. Ini terletak di tengah-tengah latihan peta minda. Ini kemudian diikuti dengan pelbagai cabang seperti negara-negara, syarikat penerbangan, aktiviti, hotel, makanan dan sebagainya.

Setiap satu cabang akan melahirkan banyak lagi cabang yang lain ekoran daripada sesuatu cabang. Misalnya penginapan mungkin apartmen khidmat atau hotel. Hotel pula boleh 4, 5 atau 6 bintang. Makanan boleh jadi masak sendiri, beli di kedai atau makan di restoran.

Setiap cabang dibezakan dengan warna-warni dan cabang-cabang ini tidak boleh lurus. Ia kena bengkok kerana minda kita katanya benci dengan perkara yang kaku, tegar. Minda manusia gemar kepada warna-warni dan kepelbagaian seperti anak-anak yang gemarkan lukisan sebelum mereka masuk sekolah.

Di sekolah guru akan melarang mereka menggunakan warna dan ini dengan sendirinya membunuh kreativiti kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa.

Wajar kita melihat apa yang disarankan oleh Tony Buzan yang bukan saja pakar dalam bidang minda tetapi mempunyai minat yang kuat kepada sukan, puisi dan sukan mempertahankan diri. Dialah satu-satunya pakar yang wajar kita pelajari banyak perkara termasuk bagaimana menguatkan ingatan kita.

Dalam usaha kita untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat dan tenaga kerja, inilah jenis latihan yang perlu ditanam kepada seberapa ramai yang boleh bermula dengan para guru dan pendidik.

Ia juga ada kaitannya dengan paradigma manusia yang sekian lama mementingkan IQ atau taraf kecerdikan seseorang yang wajar disertakan dengan kecerdikan emosi, spiritual dan kreativiti.

Kecenderungan kebanyakan kita ialah memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan otak sebelah kiri iaitu logik dan matematik, sedangkan perkara seperti seni, puisi, muzik, sukan dan kreativiti datangnya daripada otak sebelah kanan.

Masa kini kita telah melihat mereka yang kuat menggunakan otak sebelah kanan menguasai pelbagai bidang dalam dunia seperti sukan, Tiger Woods, Roger Federer, Cristiano Ronaldo, hiburan, Oprah Winfrey. Pelakon pula seperti Will Smith dan Angelina Jolie yang berpendapatan tertinggi.

Seperti biasa sebarang langkah perubahan perlu bermula dengan sistem pendidikan kita dan mana-mana bidang yang kita bukan pakar, wajar kita dapatkan kepakaran daripada luar.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

ARKIB Utusan Malaysia : 20/06/2009

Kapal pertama di dunia
1). Sepatutnya setelah membaca kisah Nabi Nuh akan menyebabkan hati bertambah tersentuh untuk mengharap pengawasan dan pertunjuk semata-mata daripada Allah SWT.

2). Nabi Nuh merupakan manusia pertama di dunia mencipta kapal yang menjadi pengangkutan di atas air.

3). Kejayaan Nabi Nuh mencipta kapal kerana ianya mendapat pengawasan dan petunjuk daripada Allah SWT.

4). Operasi menolong dan menyelamat sewajarnya bukan sahaja kepada manusia tetapi meliputi haiwan, unggas dan tumbuh-tumbuhan.

5). Kesungguhan, tabah dan sabar merupakan kunci kejayaan.

6). Kadang-kala isteri dan anak tidak akan bersependapat terhadap sesuatu perkara yang dirasakan baik.

7). Usia seseorang manusia yang hidup di dunia ini pernah diberi oleh Allah SWT sehingga beratus-ratus tahun.

Sekian dulu. 19 Jun 2009 (25 Jamadilakhir 1430).

Sumber: Sisipan MEGA; Ruangan Agama; Utusan Malaysia, Jumaat 5 Jun 2009

Nabi Nuh cipta kapal pertama

Kisah al-Quran

“dan buatlah kapal itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu; sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (Hud:37)

NABI Nuh ialah seorang nabi yang penyabar dan beriman kepada Allah Yang Esa. Nabi Nuh tidak putus-putus menyeru kaumnya supaya menyembah Allah Yang Esa. Pada mulanya, Nabi Nuh hanya menyebarkan agama Islam secara sembunyi namun setelah diperintahkan oleh Allah. Nabi Nuh pun menyebarkan agama Islam secara terbuka.

Setelah beratus-ratus tahun menyeru kaumnya ke jalan Allah, hanya sedikit sahaja yang percaya kepada ajaran Nabi Nuh. Ramai yang mengejek Nabi Nuh. Mereka menuduh Nabi Nuh gila.

Kaum itu juga cuba mencederakan Nabi Nuh. Apabila Nabi Nuh menyeru supaya menyembah Allah, mereka akan menyumbat telinga dengan jari. Mereka tidak mahu mendengar kata-kata Nabi Nuh itu. Mereka terus menyembah berhala yang dicipta oleh mereka sendiri.

Nabi Nuh berasa kecewa dengan sikap kaumnya itu. Sudah beratus-ratus tahun baginda cuba mengajak mereka untuk menyembah Allah, namun mereka tetap ingkar.

Oleh kerana terlalu kecewa, baginda pun mengadu kepada Allah: “Ya Tuhanku, janganlah kau biarkan orang-orang kafir ini tinggal di atas muka bumi Engkau. Jika tidak, nescaya mereka akan menghancurkan anak-anak mereka. Mereka akan menyuruh anak-anak mereka melakukan maksiat”.

Allah mendengar doa Nabi Nuh. Lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh supaya membuat sebuah kapal.

Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya mula menjalankan perintah Allah itu.

Walaupun diejek dan diketawakan, baginda tetap sabar. Orang-orang kafir tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Nabi Nuh dan pengikutnya itu. Mereka berasa hairan.

Ketika itu, tiada seorangpun pernah melihat kapal kerana tidak ada manusia yang pernah menciptakannya. Nabi Nuh menjadi manusia pertama yang membuat kapal.

Nabi Nuh menanam beberapa batang pokok dan menunggu sehingga pokok-pokok itu besar. Selepas beberapa tahun, pokok-pokok itu pun besar. Lalu, pokok-pokok itu ditebang untuk dijadikan papan.

Baginda menggunakan papan yang dihasilkan itu untuk membina kapal. Baginda juga menggunakan paku untuk membina kapal yang besar dan kukuh.

Nabi Nuh mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat kapal itu. Dalam tempoh berkenaan, pelbagai cemuhan dan ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh daripada kaumnya.

Walau bagaimanapun, baginda tetap bersabar dan meneruskan kerja-kerja pembinaan kapal tersebut. Setelah kapal itu siap dibina, Allah telah memerintahkan kepada Nabi Nuh untuk membawa masuk para pengikutnya, semua jenis haiwan secara berpasangan dan juga pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Kapal yang dibina oleh Nabi Nuh mempunyai tiga tingkat. Pada bahagian bawah, dimuatkan binatang dengan setiap jenis jenis mempunyai satu pasangan. Pada tingkat kedua ditempatkan manusia sementara pada tingkat paling atas pula ditempatkan pelbagai jenis burung.

Nabi Nuh dan para pengikutnya diperintahkan oleh Allah membuat persediaan untuk belayar. Mereka menunggu tanda-tanda yang diberikan oleh Allah. Menurut sesetengah pendapat, terdapat 80 orang pengikut Nabi Nuh iaitu terdiri daripada lelaki dan pasangan masing-masing yang kesemuanya berjumlah 160 orang.

Isteri Nabi Nuh dan seorang anak Nabi Nuh yang bernama Yaam, tidak termasuk dalam senarai penumpang kapal. Kedua-dua mereka telah menentang ajaran Nabi Nuh dan termasuk dalam golongan yang ingkar.

* Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Pengajaran:

Allah akan memberikan balasan kepada manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Informasi:

Kapal Nabi Nuh dibuat daripada kayu jati. Menurut Ibnu Abbas, panjang kapal itu 550 meter dan lebarnya kira-kira 300 meter. Ketinggian kapal itu kira-kira 15 meter. Bahagian luar dan dalam kapal disapu dengan minyak tar. Bahagian bawah kapal dibentuk cengkung membelah air.

Perbendaharaan kata:

Menyumbat = menutup

Mencipta = membuat

Dimuatkan = diisi, dipenuhi

Putih menyejukkan bumi
1). Selepas membaca maklumbalas dalam blog-blog terhadap idea Steven Chu yang merupakan penasihat Obama mengenai penggunaan tenaga USA, supaya penduduk dunia serentak mengecat bumbung rumah kepada warna putih. Ada yang memandang idea tersebut lekeh. Ada yang mengatakan idea tersebut bukanlah idea asal Steven Chu.

2). Idea berteknologi-rendah tersebut, menurutnya jika dilakukan serentak seolah-olah telah mengurangkan kepanasan dunia (global warming) dengan tidak menggunakan kereta di seluruh dunia selama 11 tahun. Warna putih dapat menyejukkan ruang apabila menggunakan penghawa dingin dan seterusnya menjimatkan belanja penggunaan elektrik sebanyak 10 hingga 15 peratus.

3). Konsep idea iaitu warna putih membalikkan cahaya. Warna hitam menyerap haba. Jika bumi berwarna putih maka cahaya matahari akan dipancarkan semula ke langit dan menyebabkan bumi akan sejuk. Jika menggunakan warna gelap akan menyebabkan cahaya akan diserap dan haba akan terkumpul di bumi dan menyebabkan bertambah panas.

3). Jika bumi bertambah panas akan menyebabkan pencairan glasier di kutub.

4). Apakah bumi bertambah ceria apabila semua objek buatan manusia berwarna putih?

Sekian dulu. 01 Jun 2009 (08 Jamadilakhir 1430).

Now the man in the White House says paint your house white

By Fiona Macrae

Last updated at 8:45 AM on 28th May 2009

The solution to climate change could be as simple as a big bucket of whitewash, President Obama’s energy guru claimed yesterday.

Steven Chu believes that painting the world’s roofs, roads and pavements white would keep buildings cooler as temperatures rise and cut the need for air conditioning.

Dr Chu, the U.S. Secretary of Energy and a Nobel prize-winning scientist, said the low-tech solution would be as effective at reducing global warming as taking all the world’s cars off the road for 11 years.

His advice is the same as that issued by Britain’s Department of Health last week, although that was part of a package of health tips for coping with future heatwaves.

Visiting London for a climate change meeting hosted by Prince Charles and attended by 20 Nobel Laureates, he declared that the simple act of making roofs, pavements, roads and even cars white or light-coloured could have a dramatic effect.

Dr Chu said that when sunlight was reflected off a white or light-coloured surface it went straight through the atmosphere back into space, but when absorbed by darker surfaces it added to the warming of the planet.

Pale roofs reflect up to four times as much sunlight as dark ones, bouncing sunlight back into space and so making buildings cooler, and in turn cutting the need for air conditioning.

He said: ‘If that building is air-conditioned, it’s going to be a lot cooler (if painted white), so it can use 10 or 15 per cent less electricity.

Dr Chu said those who do not find white roofs pleasing could invest in ‘cool colours’ – pastel shades which also absorb less heat.

He added: ‘If all vehicles were light-coloured, there could be considerable savings because then you could downsize air conditioning … a considerable reduction in energy.

‘If you look at all the buildings and make all the roofs white, and if you make the pavement a more concrete type of colour rather than a black type of colour, and you do this uniformly, it’s the equivalent of reducing the carbon emissions due to all the cars in the world by 11 years.’

Other solutions being looked at by the U.S. energy department include requiring banks to assess a person’s gas and electricity use before approving a mortgage.

Calling for a revolution in energy generation, Dr Chu said: ‘The industrial revolution was a revolution in the use of energy. It offloaded from human and animal power into using fossil fuels.

‘We have to go to a different new revolution that can severely decrease the amount of carbon emissions in the generation of energy.’

The U.S. government forecast yesterday that without mandatory limits on greenhouse gases, the amount of heat-trapping carbon dioxide flowing into the atmosphere will increase by nearly 40 per cent by 2030 as energy consumption grows.

The Department of Health’s Heatwave Plan for England, which was unveiled last week, also recommends white paint.

Other advice for householders includes replacing carpets with tiles or wood, hanging curtains with white linings and installing ceiling fans.

High temperatures can put strain on the heart, while smog can make breathing problems worse. Heat-stroke, in which the body’s thermostat fails, can also be fatal.

Sir Liam Donaldson, the chief medical officer, said: ‘In contrast to deaths associated with cold snaps in winter, the rise in mortality as a result of very warm weather follows very sharply – within one or two days of the temperature rising.

‘This means that by the time a heatwave starts, the window of opportunity for effective action is very short indeed and therefore proper preparedness is of the essence.’ – DM

Mail Online: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1188956/Now-Obamas-administration-agrees-Paint-houses-white-solve-global-warming.html

Bosannya memandu?
1). Seolah-olah diri semakin tidak yakin untuk memandu jauh. Walaupun hanya memandu selama setengah jam ianya sudah cukup menjemukan. Menguap, mengantuk dan terlelap sementara menanti lampu lalu-lintas bertukar warna ke hijau. Apakah ini menunjukkan kekuatan dan semangat semakin luntur untuk memandu?

2). Lamanya perjalanan dengan bersantai dari Kota Bharu ke Cherating lebih kurang tujuh jam. Sudah tiga episod mata terlelap dari Kota Bharu hingga ke Cherating. Jika tanpa pemandu maka jumlah jam perjalanan ke Kota Bharu ke Cherating tentulah melebihi tujuh jam.

3). Apabila berada di bandar Kemaman terserempak seseorang bersongkok yang sedang memandu kereta berwarna merah dalam lingkungan usia melebihi tujuh puluh tahun. Sungguhpun di sisinya orang muda. Ia memandu dengan penuh bergaya dan bersahaja.

4). Nampaknya perlu bersenam harimau dan kucing pada setiap hari untuk mengembalikan kecergasan.

5). Semasa tiba di bandar Kuala Terengganu, singgah makan tengahari berhampiran antara bangunan Persekutuan dan Darul Iman. Selepas makan mencongak harga makan tengahari sebanyak RM16.50 untuk dua orang. Jika segelas air masing-masing dua ringgit tentulah harga sepinggan lebih kurang tujuh ringgit. Kemudian sempat mengambil bahan penerbitan percuma yang diletakkan di atas kerusi. Bahan penerbitan itu bernama “GANUKITA” Bil 07 bertarikh 30 April 2009.

6). Perkara menarik di muka depan penerbitan tersebut ialah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said telah mengutarakan perlunya melengkapkan konsep 5M iaitu ‘memahami, menghalusi, menjiwai, melaksana dan memantau’ dalam melaksanakan sesuatu usaha. Jika tidak efektif perlulah berani mengetengahkan perkara itu supaya dapat menemui formula yang lebih baik. Perkhidmatan yang dikehendaki ialah pantas, cekap, berkesan dan mesra. Kelemahan dapat diperbaiki dengan menilai semula keberkesanan menerusi ‘post-mortem’ dengan kadar segera. Pendekatan yang diketengahkan ialah “merakyatkan pentadbiran dan pembangunan”. Amalan pengurusan terbaik perlu diterapkan supaya terhasil persekitaran, prestasi, produktiviti dan kualiti kerja yang bermutu tinggi. Catatan yang diambil dari GANUKITA ini adalah sempena perjumpaan Menteri Besar dengan Pegawai Tadbir N52 ke atas, di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

7). Sepanjang perjalanan ternampak kain rentang dengan gambar Menteri Besar dan murid sekolah rendah berjaket merah sedang memegang komputer riba yang mengandungi e-book. Bagaimanapun kisah semua murid-murid sekolah rendah di negeri Terengganu mendapat e-book yang merupakan pertama di Malaysia belum dimuatkan dalam GANUKITA yang bertarikh 30 April 2009 tersebut.

Sekian dulu. (28 Mei 2009 bersamaan 03 Jamadilakhir 1430).

Persiapan hari persaraan
1). Berapa lama lagikah tarikh persaraan? Bilakah hendak bersara? Apakah yang hendak dilakukan selepas bersara? Adakah tanggungan selepas persaraan? Bagaimanakah keadaan kesihatan diri ketika dan selepas bersara? Perlukah kerjaya kedua ketika usia persaraan? Apakah kerjaya berikutnya selepas persaraan? Begitulah persoalan yang bermain di benak pemikiran ketika duduk di majlis persaraan seorang teman.

2). Memang benar jika bermain kata-kata. Tarikh persaraan belum pasti. Tarikh yang pasti adalah tarikh kematian. Kalau begitu persiapan bagaimanakah yang perlu dilakukan apabila tarikh kematian mendahului tarikh persaraan sedangkan persoalan selepas persaraanpun masih belum terjawab dengan jelas.

3). Semakin hari bertambah tanggungjawab. Bagaimanapun status kekuatan dan kesihatan diri semakin menurun. Jika begini keadaannya teori graf adalah berkadar songsang. Jika dibenarkan kata hati kecil sebegini tentu akan mempengaruhi otak luar kawal supaya tidak terus berusaha memajukan diri.

4). Kebanyakan yang ditemui selepas bersara akan berehat di rumah. Pengalaman yang lalu mereka yang bersara walaupun pada usia 55 tahun. Terus berehat di rumah. Selepas 6 bulan, terdapat perubahan ketara yang menurun pada kesihatannya.

5). Ada yang bersara pada usia 56 tahun tetapi terus aktif mempelajari al-Quran, menyalin nota kuliah di masjid, melakukan kerja dengan berpeluh dan membantu insan yang lain yang memerlukan. Kesihatannya bertambah baik. Kehidupannya ceria. Rezekinya bertambah melimpah.

6). Dengan itu, insya-Allah, teori graf itu berupaya menjadi berkadar terus. Walaupun semakin hari bertambah tanggungjawab, kekuatan dan kesihatan diri sentiasa dan bertambah baik. Teori ini boleh dicapai dengan berdoa kepada Allah SWT dan menggunakan kaedah fisiotrapi.

7). Bukankah dengan izin daripada Allah SWT mereka yang lemah keupayaan fizikalnya apabila mengikuti sessi fisiotrapi atau cara-kerja boleh pulih semula.

8). Begitu juga dengan menggunakan kaedah pengurusan terkini bebanan tanggungjawab dapat dikurangkan.

9). Kesihatan diri boleh dimantapkan dengan mengikuti tip-tip yang disyorkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

10). Kaedah bersenam juga perlu diselaraskan dengan kemampuan dan peningkatan usia.

11). Graf usia, tanggungjawab dan kesihatan diri akan berkadar terus. Tambahan lagi Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk terus sihat walafiat. Contoh hadith berkaitan doa kesihatan adalah seperti berikut.

12). Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah r.a. bahwa sesungguhnya ia berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku mendengar engkau berdoa setiap pagi: Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. Kau ulangi pula pada waktu pagi 3 kali dan 3 kali pada waktu sore.” Lalu ayahku berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa dengan kalimat-kalimat itu dan aku senang sekali mengikuti contoh yang diberikannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan lain-lain).

13).  Jika diamati doa tersebut. Kejayaan menjauhi daripada kekafiran dan kefakiran dapat membantu merealisasikan lagi graf tersebut supaya menjadi berkadar terus.

14). Begitu juga Rasulullah SAW berpesan supaya mengamalkan membaca surah at-Taubah ayat 129. Sebagaimana dalam hadithnya, dari Abu Darda’ r.a. dari Nabi SAW, ia berkata: Barangsiapa berkata setiap hari ketika memasuki pagi dan ketika memasuki waktu sore: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘arash yang agung.” 7 kali, Allah akan mencukupinya dalam hal-hal yang menyulitkannya, berupa urusan dunia dan akhirat.” (Dikeluarkan oleh Ibnu Suni dan Ibnu Asakir, Hadis Marfu’: dikeluarkan juga oleh Abu Dawud, tetapi Mauquf pada Abi Darda’).

15). Ayat al-Quraan surah at-Taubah, 129 tersebut telah menegaskan jika mematuhi konsep tawakal sebenar. Insya-Allah setiap urusan di dunia dan akhirat akan dipermudahkan.

16). Semoga grafku berkadar terus.

Sekian dulu. 14 Mei 2009 (19 Jamadilawwal 1430)

RUJUKAN:

Warisan Suci Al-Ma’tsurat. asy-Syaikh Hasan al-Banna (1986). Penerbit Mizan. Thinkers Library Sdn. Bhd. 112  Halaman.