About

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2007. Perkataan “telaten” (kata pinjaman Jawa) bermaksud teliti dan sabar (melakukan sesuatu pekerjaan), cermat, hati-hati.

Manakala, “coret” bermaksud tulisan yang tidak elok; karangan yang ditulis jangan tidak atau untuk gambaran ringkas;

Pada 26 November 2008 adalah genap ulangtahun pertama blog ini. Namanya akan ditukar daripada telaten kepada telaten-weltanschauung. Gabungan dengan perkataan Jerman.

Weltanschauung bermaksud pandangan menyeluruh, terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat.

Hasil gabungan perkataan telaten-weltanschauung akan membawa maksud ketelitian mencerakin kehidupan sejagat secara menyeluruh.

Catatan dalam “weblog” ini akan menggunakan perkataan-perkataan yang dirujuk di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

daun

Foto sepetang di Kg. Tiong, Gua Musang.
02 Disember 2007.

1 Comment »

  1. [...] Dewan perkataan “weltanschauung“. Lalu, bagus juga digabungkan dengan ”telaten“. Ianya akan menjadi [...]


Leave a Comment