April 30, 2010

Buku: “Panduan Solat Sunat Tahajjud”

Posted in Amalan, Buku at 8:49 pm by kamilan

Buku kecil ini boleh memberi panduan lengkap melaksanakan “qiamul lail”.

Ianya berjaya menghuraikan secara ringkas kaedah solat Tahajjud yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith. 

Judul Buku: Panduan Solat Sunat Tahajjud
Pengarang: H. Syahrin bin Jasah
Kandungan: 56 halaman. Cetakan Pertama, 2009. Pustaka al-Shafa, Kuala Lumpur.
Harga: RM3.00
ISBN: 978-983-159-154-3
Saiz: Lebar 11 cm, Panjang 15 cm dan tebal 0.5 cm.

Persoalan yang biasa mengenai maksud solat sunat Tahajjud, kelebihan solat sunat ini dan bilangan rakaat yang sepatutnya dilakukan sebagaimana dilaksanakan oleh Rasulullah SAW telah terjawab dalam buku ini.

 MAKSUD SOLAT TAHAJJUD

1). “Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam.

2). Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir.

3). Abdullah bin Umar mengatakan, “untuk melaksanakan solat Tahajjud” hendaklah tidur kemudian bangun dan berwuduk.

4). Sebaik-baiknya jika hendak melakukan solat Tahajjud sebelum tidur berniat akan bangun mengerjakan solat tahajjud. Sebagaimana hadith dari Abu Darda’ r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang akan tidur dan berniat hendak bangun mengerjakan solat malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya ia dianggap sebagai kurnia Tuhan yang diberikan kepadanya.” (Hadith Riwayat an-Nasa’i dan Ibnu Majah).

5). Imam Syafi’i berpendapat, solat malam baik sebelum tidur mahupun sesudahnya, dan solat witir dinamakan Tahajjud.

6). Hadith dari Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan:

Kita diperintah oleh Rasulullah SAW supaya mengerjakan solat malam (tahajjud) itu dan menganjurkannya sungguh-sungguh, sehingga beliau bersabda: “Hendaklah kamu solat malam walaupun hanya satu rakaat.” (Hadith Riwayat Tabrani)

7). “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘solat tahajjud’ padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Quran, al-Isra’: 79).

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

8). Hadith dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa/ kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.

9). Hadith riwayat dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi SAW beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.

“Yang lima macam di dunia, ialah Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya. Ia akan dicintai di hati orang-orang mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan pembicaraannya berisi hikmat, dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.

“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya, akan dimudahkan dia waktu dihisab, ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat.”

Demikianlah manfaat dan faedah bagi orang yang melakukan solat tahajjud dengan sebaik-baiknya.

BILANGAN RAKAAT SOLAT TAHAJJUD

10). Dalam buku kecil ini juga terdapat hadith mengenai bilangan rakaat yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu sebelas hingga tiga-belas rakaat. Bilangan rakaat solat witir yang dilakukan oleh Rasulullah antara satu rakaat hingga lima rakaat (rakaat ganjil). Maksudnya, baki solat genap setiap dua rakaat dengan satu salam adalah solat tahajjud. Sebanyak lapan cara (kaifiyat) boleh dijadikan panduan melakukan qiyamul Lail dalam buku kecil ini.

 11). Buku ini selain mempunyai kaedah pelaksanaan solat sunat Tahajjud juga disertakan contoh doa’ yang biasa dalam solat tersebut.

12). Semua orang boleh memiliki buku ini kerana harganya hanya RM3.00 sahaja.

Sekian dulu, “jadikanlah amalan dalam kehidupanku … … … Aamiiiin.”

30 April 2010 (15 Rabiulakhir 1430).

==============

About these ads

2 Comments »

  1. […] Solat sunat Tahajjud […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: