04.17.09
Sajak: “Dosa-Dosa Bahasa”
Terbaca sajak berjudul “Dosa-Dosa Bahasa” di ruangan Sastera, akhbar Berita Harian, Sabtu 11 April 2009 lalu ditulis semula ke dalam ruangan ini.
Kemudian, teringat dua catatan peribahasa mengenai bahasa oleh Shamsuddin Ahmad (2007) dalam bukunya “Kamus Peribahasa Melayu-Inggeris” terbitan PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd.
i). Hilang bahasa lenyaplah bangsa. Maksudnya: Kalau sesuatu bahasa itu sudah tidak digunakan lagi maka lambat laun hilanglah bangsa itu. (When the language is dead, the nation is gone.)
ii). Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Maksudnya: Biarpun rupa elok tetapi kalau tiada budi bahasa maka akan dipandang hina juga oleh masyarakat. (If someone is goodlooking but doesn’t behave well, the society will look down on him/her. Manners maketh man.)
Begitulah beberapa contoh peribahasa dalam bahasa Melayu dan Inggeris oleh Shamsuddin Ahmad (2007).
Berikut pula adalah sajak berjudul “Dosa-Dosa Bahasa” oleh Shamsul Amin (2009).
Sumber: Berita Harian. Sabtu, 11 April 2009.
| DOSA-DOSA BAHASA |
| Siapakah wahai si-dalang |
| tepis debu bangsa di pundak sendiri |
| mencarah rumput peradaban |
| meracun pohon bahasa yang dibela dijaga |
| sekian lama |
| di laman siasah penuh ceritera ini. |
| Maka di pundak |
| kirinya itu |
| telah terlukis |
| dosa-dosa bahasa |
| akan kerana telah ia menazak |
| meracun dan menguncup |
| bunga bahasa ini, akhirnya |
| layu dan kujur di laman ini |
| gugur di tanah nan ‘merdeka’ ini. |
| Lalu masih lagi |
| di tangannya |
| ialah kezaliman dan kebinasaan |
| yang akan menghancur mudun |
| dan membunuh lughah |
| bangsa ini. |
| Shamsul Amin |
| Muadzam Shah |
| Mac 09. |
Sekian. 17 April 2009 (21 Rabiulakhir 1430).
jawaKelana said,
May 7, 2009 at 8:52 am
Tapi, Proton Saga tak semestinya warna merah
. Terpalit juga diriini sebagai salah sorang yang turut terlibat mencemar bahasa ibunda…semata2 bertujuan memaksimumkan perkataan untuk satu sms…
Lama sudah tidak berkarya. Bukan hidup caca marba. Cuma masa yang kurang ada.
wes suwi orak mampir. mohon ngapuro lah yo.
Shamsul Amin said,
August 7, 2009 at 3:46 pm
Salam…
saya sekadar ingin nak tahu,
sumber mana saudara dapat sajak saya ni,
sebagai penulisnya, saya sekadar ingin mengetahui, kerana saya tidak dimaklumkan tentang penyiarannya, sehingga sekarang..
harap respon di blog saya…