06.16.08

Buku “Penulisan Berkesan: Media Cetak, Elektronik dan Web”

Posted in Buku tagged , , , at 5:16 am by kamilan

Salin semula daripada akhbar Utusan Malaysia keluaran Isnin 26 Mei 2008. Tajuk asal artikel ialah “Pembikinan wartawan“.

Judul Buku: Penulisan Berkesan, Media Cetak, Elektronik dan Web
Penulis: Chamil Wariya
Penerbit: Malaysian Press Institute
ISBN: 978-983-42919-0
Pengulas: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

DALAM dunia kewartawanan dan penulisan, nama Datuk Chamil Wariya barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau bukan sahaja terbabit dalam bidang penulisan media cetak dan elektronik di negara ini, malah pernah berkhidmat sebagai wartawan dan penerbit radio dengan Perkhidmatan Luar Negeri British Broadcasting Corporation (BBC) di London selama enam tahun. Read the rest of this entry »

06.10.08

Lebah betina dan organisasinya

Posted in Pengurusan tagged , , , at 5:21 am by kamilan

Mengenai lebah al-Quran dalam Surah an-Nahl ayat 68 hingga 69 telah mencatatkan: “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia.’ Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu) ..”

Von-Frish menerima hadiah ‘Noble’ pada tahun 1973, kerana kajian beliau yang mendalam tentang lebah. Read the rest of this entry »

06.04.08

Buku “Agenda Mendesak Bangsa: Selamatkan Indonesia!”

Posted in Buku tagged at 5:27 am by kamilan

Tajuk asal artikel ialah ”Sudut Amien Rais melihat bangsa Indonesia tersepit“. Salin semula daripada akhbar Utusan Malaysia, Isnin 19 Mei 2008.

Oleh ROOSFA HASHIM*

GENAP sepuluh tahun Orde Reformasi dan bersempena memperingati 100 tahun Kebangkitan Indonesia, Amien Rais minggu lalu melancarkan bukunya berjudul Agenda Mendesak Bangsa: Selamatkan Indonesia!

Buku ini menekankan lima pokok pemikiran beliau tentang keadaan bangsa Indonesia pada masa kini. Buku setebal 298 halaman ini diterbitkan oleh Mizan dan PPSK, Yogyakarta. Read the rest of this entry »