05.04.08
Mengurus dengan 5-S?
Konsep 5-S seolah-olah telah menjadi “trade-mark” sebahagian alat pengurusan orang Jepun.
SEIRI (sorting out) bermaksud melakukan pengelasan berdasarkan kategori yang diperlukan.
SEITON (systematic arrangement) bermaksud menyusun secara sistematik dan meletakkannya di tempat yang betul.
SEISO (shine) bermaksud mewujudkan suasana bersih untuk merangsang perkembangan idea inovatif.
SEIKETSU (standardising) bermaksud meneruskan perkara yang telah berjaya dilakukan supaya menjadi prosedur kerja yang boleh diseragamkan. Contohnya, mencatat pada kalender supaya menjadi ingatan tarikh menukar atau mencuci sesuatu alat ganti.
SHITSUKE (self-discipline to sustain) bermaksud mendisiplinkan diri sendiri supaya perkara yang telah dilakukan dapat dikekalkan dan berterusan. Selain itu, kecekapan dan teknik hendaklah sentiasa dipertingkatkan supaya berupaya membantu penambahbaikan dan peningkatan produktiviti.
Rumusannya, konsep 5-S boleh diamalkan bukan sahaja di bilik stor tetapi juga di dalam pengurusan kehidupan seharian.
Sekian. kamilan. 04 Mei 2008 (27 Rabiulawal 1429).