05.28.08
Ribuan kodok muncul tiga hari sebelum gempa bumi
BEIJING: Beberapa jam sebelum berlaku gempa bumi terburuk di China sejak tiga dekad lalu, paras air dalam kolam tiba-tiba surut, beribu-ribu kodok muncul di jalanan di wilayah berhampiran, manakala haiwan di zoo berhampiran berkelakuan pelik.
Ketika mayat ditarik keluar daripada runtuhan dalam gempa Isnin lalu, bilik sembang dan blog internet di China dipenuhi beberapa persoalan: Mengapa petanda semula jadi itu tidak memberi amaran awal kepada kerajaan bahawa bencana akan berlaku? Read the rest of this entry »
05.25.08
Entah Bagaimana
Entah bagaimana tiba-tiba sewaktu kanak-kanak, kami melihatnya membonceng sebuah basikal tua memasuki perkampungan mencari kehidupan. Di belakangnya sebuah raga untuk ayam dan telur. “Telo leh, telo leh,” seru si mata sepet kurus dan bergigi emas. “Telo leh, telo leh,” sorak kami mempersendakan. Dia hanya tersenyum. Kata orang, dia pendatang dari benua Cina dan berhijrah kerana kemiskinan. Read the rest of this entry »
05.18.08
Buku “Islam Melayu Komunis”
[Catatan yang bertajuk "Kisah menarik buku Islam Melayu Komunis" dalam ruangan "Mazlan Nordin* Menulis" ini disalin semula daripada akhbar Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 11 Mei 2008].
ISLAM Melayu Komunis. Demikian tajuk sebuah buku kecil (112 muka) yang terselit dalam rak buku sebuah perpustakaan di Kuala Lumpur untuk pinjaman para pembaca. Pertanyaan segera timbul, bolehkah seseorang Islam (Melayu) menganut fahaman komunis yang tidak percaya kepada Tuhan? Kerana, tajuk tersebut mengandungi unsur-unsur yang “contradictory.“ Read the rest of this entry »
05.12.08
Kegelapan dasar lautan
Profesor Durgo Rao ialah seorang yang pakar dalam bidang geologi marin di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah. Beliau telah diminta untuk memberi komen mengenai ayat al-Quran di bawah.
“Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun“. (Surah an-Nur: 40) Read the rest of this entry »
05.04.08
Mengurus dengan 5-S?
Konsep 5-S seolah-olah telah menjadi “trade-mark” sebahagian alat pengurusan orang Jepun.
SEIRI (sorting out) bermaksud melakukan pengelasan berdasarkan kategori yang diperlukan.
SEITON (systematic arrangement) bermaksud menyusun secara sistematik dan meletakkannya di tempat yang betul. Read the rest of this entry »