02.21.08

Mendapatkan satu duit

Posted in Uncategorized tagged , , , , , , , , , , at 2:55 am by kamilan

Apabila terdapat sesuatu hajat yang sangat perlu untuk dicapai. Perasaan akan terasa gelisah dan bimbang tidak berjaya untuk mendapatkannya. 

Begitulah, sekiranya berada di lautan di mana ombak sedang kuat menghempas kapal yang dinaiki. Tentu sekali tidak putus-putus berdoa kepada Tuhan supaya pulang ke darat dengan selamat.

Ketika itu, sejahat mana sekali pun tentu akan ingat suatu kuasa lain yang berupaya untuk menolong iaitu Tuhan.

Tetapi apabila telah selamat di daratan. Tiba-tiba perasaan akan berubah kepada gembira. Dengan segera melupai Tuhan yang telah menolong di tengah lautan.

Hal seperti ini pernah dinyata di dalam al-Quran di dalam surah ke-29, al-Ankabut, ayat ke-65 bermaksud: “Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada-Nya, tetapi ketika Allah Menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah),”

Berbalik kepada impian dan harapan.

Penceramah motivasi kaedah belajar, Dr. Sukri Abdulah pernah memberi singkatan kata SATU dalam kesetnya, supaya sentiasa bersedia awal dengan tumpuan penuh ketika belajar agar memperolehi keputusan pemeriksaan dengan cemerlang.

Singkatan SATU tersebut bermaksud S untuk Sedia; A untuk Awal; T untuk Tumpu; dan U untuk Ulangkaji;

Manakala, pernah penceramah motivasi yang lain mengeluarkan singkatan perkataan DUIT iaitu D untuk Doa; U untuk Usaha; I untuk Iltizam; dan T untuk Tawakal;

Insya-Allah, jika mengikuti langkah-langkah mendapatkan “satu duit”. Hati akan aman dan tenteram.

Setelah berdoa dan berusaha, maka kepada Allah diserahkan setiap urusan (tawakal) dengan pengharapan diperolehi kecemerlangan. Seperti mana tercatat moto Kerajaan Negeri Johor dalam tulisan jawi iaitu “Kepada Allah Berserah”.

Sekian dulu,

kamilan. 21 Februari 2008 (14 Safar 1429).

Leave a Comment