02.04.08
Bagus juga meniru Pak Belalang
Belalang adalah nama seorang budak cerdik dan terpaksa bekerja untuk mendapatkan keperluan keluarganya yang hanya terdiri daripada dirinya dan seorang ayah.
Ayahnya pemalas dan kuat tidur di rumah. Siang dan malam asyik tidur. Sehingga namanya pun tidak diingati dan memadai dipanggil sebagai Pak Belalang sahaja.
Semua itu diceritakan dalam sebuah filem yang berjudul “Nujum Pak Belalang” arahan Seniman Negara Almarhum Tan Sri P. Ramlee.
Filem hitam-putih itu berjaya kekal walaupun berada di zaman multimedia yang kononnya serba canggih dan berwarna-warni ini.
Pendek cerita, kerana usaha anaknya juga maka Pak Belalang menjadi nujum yang terkenal sehingga menjadi penasihat dan menantu raja.
Pak Belalang berjaya dalam kerjayanya kerana sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan melebihi majoriti saingan di sekelilingnya. Keberanian meramal akhirnya menyebabkan ia menjadi menantu raja.
Jika filem ini mempunyai episod berikutnya mungkin Pak Belalang akan menjadi seorang raja yang termashur menggantikan ayah mertuanya yang semakin uzur.
Sekian dulu,
kamilan. 04 Februari 2008 (26 Muharam 1429).