01.26.08
Posted in Uncategorized tagged eksekutif, fikir, how, minda, what, when, where, who at 7:57 am by kamilan
| Kisah kali ini adalah seorang suami berkahwin serentak dengan lima orang isteri (1 husband with 5 wifes). Dalam Islam tentu sekali tidak dibenarkan seorang suami beristerikan seramai lima orang dalam masa serentak. |
| |
| Bagaimanapun, prosa tersebut hanya bertujuan untuk mudah mengingati perkataan “HOW; WHEN; WHERE; WHO; WHEN; WHAT” (1H5W). Perkataan-perkataan ini sangat berguna untuk minda berfikir di dalam semua bidang disiplin ilmu. Terutama yang terlibat di dalam “problem solving”. Tetapi sejauh mana ianya digunakan dalam kehidupan seharian. |
| |
| Sketsa kali ini, bukannya bermaksud mengajar itik berenang. Kadang-kala itik yang pandai berenang pun terlupa untuk menyelam apabila dikejar oleh budak-budak nakal. |
| |
| Banyak telah didengari sama ada eksekutif muda dan yang telah berpengalaman mudah mempercayai sesuatu maklumat tanpa membuat usul-periksa lebih lanjut. |
| |
| Semakin tinggi kedudukan eksekutif itu kadang-kala menyebabkan terlupa untuk melakukan latihan kerana semakin kurang orang untuk menghampirinya (mungkin sebab “status-quo”nya). |
| |
| Ataupun kekadang faktor keakraban si pembawa cerita. Jadi mudahlah termasuk jebak perangkap ini (memerima atau menolak tanpa berfikir). Akibatnya timbul penyesalan yang tidak berkesudahan sebagaimana di dalam al-Quran di surah al-Hujuraat ayat ke enam (al-Quran 49:06). Penyesalan ini mungkin kerana menerima atau menolak sesuatu maklumat dengan bulat-bulat (tanpa melakukan latihan berfikir). |
| |
| Teknik pengunaan 1H5W memerlukan beberapa soalan yang perlu dipersoalkan kepada minda. Jika perlu pujuklah minda supaya ia berfikir dengan menyeronokkan. Walaupun perkara yang difikir seolah-olah suatu yang membebankan tetapi jika maklumat dapat dikeluarkan satu per satu untuk dianalisa maka akan mendapati suatu hasil yang menakjubkan. |
| |
| Soalan-soalan seperti berikut boleh digunakan: |
| 1. Siapa (who)/ apakah masalahnya (mula mengenalpasti masalah)? |
| 2. Apakah bendanya? |
| 3. Di manakah (where) masalahnya (berada di mana)? |
| 4. Di manakah bendanya? |
| 5. Bila (when) masalah bermula? |
| 6. Berapa (how) besar masalahnya? |
| |
| Biasanya “problem solving” yang berkesan melibatkan pengendalian ke arah penyelesaian penyebab masalah tersebut dan bukan bertujuan untuk mengetahui sebab-sebabnya sahaja (simptom). |
| |
| Alat Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Fishbone diagram) antara contoh “problem solving” yang baik untuk merungkai sebab kewujudan masalah dan cara penyelesaiannya. |
| |
| Akhir sekali, semoga “exercise my brain” ini dapat membantu mengurus minda kita ketika berfikir. STOP. |
| |
| Sekian dulu, |
| kamilan. 26 Januari 2008 (17 Muharam 1429). |
Permalink